Monday, June 29, 2009


Mia's card for me...

For those who do not know, yes, Kak Susi & I decided to send Mia to chinese kindergarten near our house. She's doing great. Catching up with many things and with the help of Mama who speaksfluent mandarin, she's fine.

Anyway, at least I know I am lagging behind with 2 other languages that I do not speak... :) Mandarin (Mama & Mia), and Italia (Mama). Mama sent me a card when she was in Rome, Italy with Italian language few years back while we were getting to know each other earlier:) It was stunning and romanticly 'memorable'.

To Ci and Mia. I love you with all my heart. You cherish my days and made our lives more meaningful.

Jadual bulan Julai ini insyaAlah (setakat 29 Jun, hari ini)

1hb Julai: Pertandingan Nasyid inter-fakulti, UNISEL Kuala Selangor. Saya dan Kak Susi dijemput untuk menjadi juri pertandingan. Terima Kasih brother Shafiq.

3hb Julai: Berangkat ke Singapura untuk trip 3 hari dengan bas. Kali ini pergi bertiga termasuk Mia...Pasport dia dah siap, jadi barulah lengkap kami berjalan bertiga:)

4hb Julai: Sahabat karib saya dan juga kini kawan Kak Susi, Ustaz Saiful Adli & Isterinya Safianna dan anak2 nak bawa kami berjalan ke Zoo Singapore. Orang kata, pergi Singapore jika tak ke zoo nya tersangatlah rugi.... jadi insyaAllah, this will be a memorable family outing for both our families. Mia gets along fast too with Saiful's daughter, Safiyah & Sumayah. Thanks Saif!

5hb Julai: Sambutan Ulangtahun ke-100 Madrasah al Arabiyyah As Sagoff. Acara penghayatan hadith sebagai selingan kepada ceramah daripada tokoh2 ulama dan cendakiawan Malaysia & Singapura. Dua slot persembahan untuk saya insyaAllah. Terima Kasih Ustazah Khadijah, Ustazah Zawiah dan pimpinan Madrasah. Syukran.

11hb Julai: Saya & Kak Susi meeting Kelab Eksplorasi 7 Benua dengan Qobin & Team.

12 hb Julai: Persembahan Amal Suara Hati. Anjuran Madrasah Irsyad & Masjid Muhajirin (to be confirmed) di Singapura pada jam 2 petang.

26 hb Julai: Jemputan untuk mengadakan persembahan dengan live musik dan jemputan membaca doa 3 bahasa di majlis perkahwinan anak Dato' CEO Sime Darby

31hb Julai:Jemputan persembahan sebelum Forum di Stadium Kuala Selangor. (to be confirmed)

... Ogos...

1hb Ogos: Malam Aspirasi Seni, Konsert Live Mu'adz di Pusat Dakwah, Seremban

13hb Ogos: Jemputan Persembahan, SUK

15hb Ogos: Sepang

17hb Ogos: Dewan Sri Endon, Putrajaya. Graduasi Kolej Mara Banting. Muadz feat the Wayfarers

21 Ogos: Cyberjaya Medical College?

29 Ogos: Iftar Hira?

Saturday, June 27, 2009

Salam.

Sehingga kini, mungkin ramai yang tidak pasti lagi tetapi, pengesahan dibuat sendiri oleh abg Micheal (Mikhael) Jackson yang beliau meninggal dunia dalam keadaan MUSLIM dan telah memeluk agama Islam sejak Disember 2008.

Subhanallah satu perjalanan hidup sebagai Hamba Allah yang cukup membuka mata kita. Saat ini, agensi-agensi berita utama dunia yang dimiliki Yahudi memang tidak akan 'highlight' banyak fakta tentang keislaman Micheal dan bagaimana cara hidupnya berubah dan bagaimana dia solat dan memilih baju kurta sebagai baju kesukaannya... sehelai baju murah yang agak sinonim dengan pakaian islam dan pakaian sembahyang.

Saya minta semua terus membaca dan membuat research tentang kehidupan Micheal sesudah Islam dan mari kita sedekahkan AlFAATIHAH buat saudara kita, Micheal. Terlampau banyak pengajaran dari peristiwa kehidupan ini dan saya teringatkan kisah Ashaabul Ukhdud dalam surah AlBuruj. (sila semak)

AlFaatihah

Micheal....
Your songs will give new light and dimension
For us who you left behind
Giving inspiration and realisation
That God's divine design is far beyond
Our tiny little minds...
And now..
Every time we listen to your songs
Hearts will thump and eyes will cry
and your rythms and words
will not be perceived the same...again..
Promoting Peace and stopping the misery of wars
have always been your strong passion and your dream..
How could we know that all these vocals are from the Light of Iman that will come to you
at the last moments of your life... Subhanallah
It's surely the call your heart hear from Allah... long ago.. but.. beating very slowly
Yet ears are deaf and eyes are blind so the heart are shut...
Now.. We realise...
Our prayers to you... and your family
do wait us..
at the heavens gate...

Assalamualaikum.
Thank you brother Micheal. We will continue your touch.

Muadz, Susi in Kuang
& The Wayfarers


Wednesday, June 24, 2009


"Satu contoh kreativiti dan kebijaksanaan penggunaan ICT yang dapat dimanfaatkan dan dapat juga membuka mata ramai orang... Teruskan memberi sumbangan baru, menarik, FRESH kepada agama kita" - mu'adz
P/S: Keluarga adalah suatu anugerah dan ujian, sifat suatu anugerah (pemberian) adalah kemanisan dan ketenangan dan mawaddah wa rahmah... sifat suatu ujian adalah kejutan, tekanan, kemarahan, keremukan perasaan.... Tetapi inilah yang dikatakan perjuangan mencari CINTA. Cinta bukanlah pada ketika semuanya indah sahaja, pada saat jatuh bangun dan saling berjuang mempertahankan cinta itulah CINTA yang sejati. Moga kita hiasi diri kita dengan kata2 ampun maaf yang ikhlas dari hati. Allah sumber Cinta kita... Mari syukuri pemberian perasaan ini.

Monday, June 15, 2009

Setakat ini, kumpulan nasyid Raihan, Hijjaz, Nowseeheart bergabung Saujana, Mirwana dan ramai lagi, termasuk TEAM ILUVISLAM.com yang dianggotai akh Presiden dan kru2 termasuk pemain penasyid seperti Akbar Azmi, Khairul InHeart dan saya sendiri, Mu'adz!

Sebenarnya memang dah lama tak bermain bola atau futsal atau juga seumpamanya. Tinggal lagi kurang satu minggu untuk rebuild...re energise dan re establish... Mengharap pada ..tuah, skil, stamina, dan...strategi... dengarnya dari 8.30-4.00 petang.. Ya Allah, stabil kan kumpulan kami :) selain suburkan ukhuwwah di antara para penasyid dan peserta.

Kepada yang nak turut hadir, Ust Erwan dan En Fauzi menjemput semuanya bagi meramaikan. Sila hadir dan nyatakan sokongan kepada team anda. Wassalam!... Allahu akbar

Sunday, June 7, 2009

Muktamar Pas tahun ini telah melakar sejarah dengan membuat pelbagai pembaharuan positif dalam pengendalian Mukatamar dan aspek-aspek lainnya. Bagi yang hadir atau yang membaca Harakah akan dapat melihat dengan sendirinya.

Tetapi yang mahu dipertontonkan di sini adalah hanya satu aspek yang saya fikir sangat signifikan dan penuh impak. Mengisi salah satu malam sempena Muktamar berjalan, panitia memutuskan untuk membuat acara wacana muzikal seperti di dalam poster.

Penglibatan artis yang mempunyai sentuhan2 tersendiri dan diselangi perbincangan topik2 semasa dan kesenian oleh YB2 terpilih. Mereka adalah YB Mat Sabu, YB Mahfuz Omar dan YB Dr Hatta Ramli. Dua dari mereka siap baca sajak yang mereka sediakan dengan latarbelakang musician live impromptu yang mengusik jiwa. Tahniah panitia!

Bagi saya, model persembahan sebegini harus diteruskan dan diunjur ke hadapan, kerana bukan sahaja ia benar2 boleh menghimpun crowd yang ramai, akan tetapi crown yang hadir juga adalah dari pelbagai minat yang peringkat umur, yang aktif politik juga yang tidak. Di sinilah kelainan yang mesti diperhatikan. Mudah2an menjadi medan yang sehat untuk berdiskusi berhibur dan merasa hampir dengan pimpinan2 masyarakat yang sanggup turun melontar idea2 sambil terlibat dalam bentuk2 persembahan yang ada. Tahniah sekali lagi.


Beberapa pengamatan dan komentar tentang program malam itu.. insyaAllah

Beberapa gambar sudah di Fotopages, klik

 
PERJALANAN BERTAUT l MU'ADZ DZULKEFLY:::::::::::::::::POWERED BY ESQ Diseñado por Wpdesigner y adaptado por Zona Cerebral